click..

Sunday, March 1, 2009

Assalammualaikum,

Kali ini post berkenaan projek cili fertigasi kami yang kami mulakan sejak 6 bulan yang lepas.
Lokasinya pula di belakang rumah sahaja memandangkan masih ada ruang tanah untuk diusahakan.

Penanaman cili ini dilakukan dengan sistem pengairan fertigasi iaitu satu sistem pembekalan air dan larutan zon akar secara automatik mengikut keperluan tumbesaran tanaman secara berkesan. Anggaran kos projek hampir Rm20000 manakala kerja pemasangan sistem pengairan fertigasi dilakukan oleh kami sendiri secara berperingkat. Untuk kawasan pula kami tidak menggunakan kawasan yang luas sekadar cukup untuk 400 pokok cili.

Di sini saya sertakan beberapa gambar untuk tatapan pembaca sekalian.

1)Sekam padi yang dibeli untuk dijadikan sebagai medium utama penanaman cili.


Sekitar kerja-kerja mengisi sekam padi di dalam white polibag. Kerja-kerja ini turut di bantu oleh anak-anak tersayang:).









3)Proses meletakkan polibag ke tapak penanaman.



4)Pokok cili di dalam tapak semaian.



5)Setelah 2-3 minggu




6)Setelah hampir 2 bulan








6)Hasil yang tidak seberapa namun memuaskan hati:)




Secara kesimpulannya, ini merupakan percubaan pertama kami, masih terlalu banyak yang perlu kami belajar.

Insya allah pada masa akan datang kami akan update untuk post yang terbaru.

Saturday, January 31, 2009

Assalamualaikum..

Untuk post kali ini, saya akan memberikan sedikit panduan ringkas untuk menghasilkan taugeh.

Peralatan yang diperlukan:

1-Alat penimbang
2-Jug air
3-kacang hijau/kancang hitam/kacang soya(taugeh kasar)
4-Sentoso
5-Baldi kecil
6-Tong Sampah(telah di ubahsuai)
7-guni padi(dipotong bulat mengikut diameter tong sampah)

Prosedur:

1- Tuangkan kacang hijau ke atas alat penimbang cth:1kg-1kg kacang hijau akan menghasilkan sehingga 6-8 kg taugeh segar sekiranya kadar siraman air sekata dan tidak mempunyai sebarang masalah.

2-Setelah kacang hijau ditimbang, tuangkan kacang hijau tersebut ke dalam baldi

3-Isikan jug dengan air dan tunagkannya ke dalam baldi. Bilas kacang hijau tersebut.Tujuannya untuk membersihkan kacang hijau dan mengasingkan kacang hijau yang telah rosak(kacang hijau yang terapung)

4-Toskan kacang hijau tersebut dan tuangkan air yang baru ke dalam baldi tersebut.

5-Titiskan sentoso ke dalam baldi tersebut yang berisi kacang hijau dan air itu.

6-Rendamkan kacang hijau dan biarkan semalaman.

7-Ambil kacang hijau tersebut dan diletakkan ke dalam tong sampah yang telah diubahsuai.

8-Letakkan guni padi yang telah dipotong mengikut saiz diameter tong sampah itu di atas kacang hijau.

9-Letak di dalam bilik taugeh dan set kan timer.

10-Lihat taugeh dari semasa ke semasa bagi memastikan ia berada di dalam keadaan yang baik.Elakkan kawasan taugeh anda dimasuki cahaya dengan tujuan untuk mengelakkan tunas tumbuh.

11-pada hari ke-4, ambil taugeh anda dan jual:)


Demikian panduan ringkas serba sedikit dalam mengahsilkan taugeh.

Semoga anda berjaya.

Bilik Taugeh

Timbul idea saya untuk menghasilkan taugeh ini bilamana saya melihat seorang kawan saya yang menetap di shah alam setelah melawat ke rumah beliau dan melihat bilik taugeh beliau, hati saya terus terdetik untuk cuba menghasilkan taugeh memandangkan ia cukup mudah untuk di hasilkan.

Jadi, sebaik sahaja saya sampai ke rumah saya terus bertanya kepada anak sulung saya tentang hajat saya untuk menghasilkan taugeh dan membina sebuah bilik khas untuk menghasilkan taugeh.

Akhirnya, berbekalkan modal hampir rm 1500, saya telah menggunakan sedikit ruang di bahagian belakang rumah untuk membina sebuah bilik khas untuk menghasilkan taugeh.

Seawal projek pembinaan bilik taugeh bermula.

Ruang dalam bilik taugeh ketika di awal pembinaan.Tiada ruang untuk cahaya masuk ke dalam bagi mengelakkan tumbuh tunas.



Pemandangan jauh dan dekat seawal pembinaan.


Sumber air bawah tanah digunakan untuk membekalkan air untuk taugeh.




Bilik taugeh ini mampu memuatkan sehingga 15 tong untuk menghasilkan taugeh.
Kami menggunakan sistem siraman secara automatik untuk menyiram kacang hijau selang 2 jam.



Untuk mereka yang ingin menceburkan diri dalam menghasilkan taugeh, teruskan usaha anda, memang benar harganya agak rendah di pasaran 1 kg dalam rm 1.50-rm 1.90
namun kalau anda dapat market yang betul dan jualan konsisten InsyaAllah jumlah yang sedikit akan menjadi banyak..

Friday, January 16, 2009

Khasiat Taugeh


Menu taugeh untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Taugeh dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan. Tapi tahukah anda, taugeh yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat.

Diantara khasiat taugeh yang di sebutkan adalah:

Taugeh dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita.Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan. Bagaimanapun, khasiat taugeh tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan taugeh sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dukatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas. Selain itu, taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).

Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus. Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau “lemak jahat” LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan taugeh merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda. Satu lagi khasiat taugeh yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.

Demikian serba sedikit khasiat tentang taugeh untuk tatapan pembaca.

Ahaa...sapa kata taugeh tak best :)

click

Subscribe Now: standard