click..

Thursday, November 27, 2008

Ternakan Ikan Keli




Kawasan yang agak lapang di belakang rumah saya di gunakan sepenuhnya untuk memulakan perniagaan ternakan ikan keli kami dengan membina 5 buah kolam simen dimana bagi setiap kolam simen tersebut mampu menampung 2000 ekor ikan keli, jadi jumlah kesemuanya adalah 10000 ekor ikan keli.

Pada mulanya, saya ada juga bercadang untuk menggunakan kolam kanvas namun ramai diantara kawan2 saya memberitahu bahawa penggunaan kolam kanvas tidak tahan lama ,mungkin reput atau bocor bermaksud saya juga terpaksa mengeluarkan modal baru untuk menggantikan kanvas yg reput atau bocor tersebut.Akhirnya saya memutuskan untuk membuat kolam simen bg ternakan ikan keli.Kami menutup kolam kami dengan menggunakan net hitam bagi mengelakkan burung raja udang yang sering singgah ke kolam kami.

Dari segi makanan ikan, kami hanya memberikan makanan yang terdiri dari pellet sahaja, dan mengapa tidak perut ayam atau sebagainya?Jawapannya untuk mengelakkan air kolam menjadi busuk, kotor dan ikan berbau hanyir. Ramai juga antara customer kami yang datang membeli sering bertanya jenis makanan yang kami berikan. Daripada pemerhatian kami, rasa daging ikan yang hanya diberikan pellet lebih manis serta lembut, tidak mudah hancur ketika digoreng dan lemak ikan pun kurang.

Kami menggunakan sumber air untuk kolam kami daripada air bawah tanah yang digali sedalam 50 meter. Selain menjimatkan kos, kualiti air ini juga lebih segar dan terpelihara. Air bawah tanah ini di pam dan disimpan di dalam 2 tangki air yang dikhaskan.

Alhamdulillah setakat ni, pelanggan yang datang pun semakin bertambah, perancangan untuk masa hadapan untuk menambah jumlah kolam bagi memenuhi permintaan pelanggan..maybe kena buat kolam bertingkat sebab ruang dah sempit.

Setakat ini masa yang saya ada, Insyaallah saya akan cuba untuk mengupdatekan blog ini sekerap mungkin.

0 comments:

click

Subscribe Now: standard