click..

Saturday, November 29, 2008

kerja sampingan

Hai, bertemu kembali ..
Baru saja nak update blog nih, ingat nak buat semalam tapi tak sempat sebab terpaksa keluarkan ikan keli dekat 30kg untuk seorang pelanggan nih, katanya untuk digunakan dalam majlis kenduri anak mereka minggu nih, nasib isteri dengan anak kedua ada menolong untuk bersihkan sekali ikan2 tuh, dengan anak bongsu pula tolong clearkan taugeh kat belakang rumah, kelam kabut dibuatnya mujur ada anak dengan isteri yang tolong sekali kalau tak..perrhhhh..tapi sorry lah gambar memang takda untuk tatapan kalian..

Haa..ni nak cerita sedikit memandangkan ada sedikit kawasan lapang disekitar rumah saya telah pun menanam serai dan pokok pisang sebagai tanaman sampingan setidak2nya dpt menjimatkan perbelanjaan keluarga setelah hasilnya diperolehi nanti. Istimewanya kebanyakkan anak2 pokok pisang ini saya bawa dari Terengganu yang mana jarang didapati disekitar kg saya. InsyAllah bila dah banyak anak benihnya saya akan tanam lebih banyak lagi.



Yang ini pula pokok nangka, tanam pun di halaman rumah..setakat suka-suka, sekarang dah dapat hasil dah so, boleh makan..he..he..

Untuk waktu terdekat ini saya akan tumpukan kepada tanaman cili fertigasi kerana tanaman ini memerlukan perhatian. Kalau diizinkan Allah saya akan cuba mulakan projek ini Jan 09. Kerja-kerja tapak ladang masih ada yang belum siap sepenuhnya.

Friday, November 28, 2008




Gambar di atas menunjukkan air bawah tanah yang telah digali atau ditebuk sedalam 50 meter di bawah dan disimpan di dalam 2 buah tangki di dalam satu bangsal khas di mana 1 tangki tersebut akan membekalkan air bagi taugeh manakala yang 1 tangki lagi dibekalkan terus ke kolam ternakan keli kami.

Ini pula gambar bagi sistem penapis, di mana air dari kolam akan melalui filter tersebut dan akan akan di bekalkan semula ke dalam kolam ternakan. Pemeriksaan terhadap filter tersebut akan di buat sekerap mungkin bagi memastikan ia bersih serta tidak mempunyai masalah. Kami mengambil 40 minit bagi setiap kolam untuk ditapis airnya.


aha..ni pula tempat menyiang atau membersihkan ikan keli yang untuk dijual.Tempat menyiang nih betul2 berada di belakang bilik taugeh. Memang buat tempat khas untuk menyiang selesa sikit yee..hehe




Setakat nih sahaja, insya allah kalau tiada kesibukkan masa saya akan update untuk bilik taugeh, aktiviti penjualan dan perancangan tanaman cili fertigasi KE Ent.

Thursday, November 27, 2008




Kawasan yang agak lapang di belakang rumah saya di gunakan sepenuhnya untuk memulakan perniagaan ternakan ikan keli kami dengan membina 5 buah kolam simen dimana bagi setiap kolam simen tersebut mampu menampung 2000 ekor ikan keli, jadi jumlah kesemuanya adalah 10000 ekor ikan keli.

Pada mulanya, saya ada juga bercadang untuk menggunakan kolam kanvas namun ramai diantara kawan2 saya memberitahu bahawa penggunaan kolam kanvas tidak tahan lama ,mungkin reput atau bocor bermaksud saya juga terpaksa mengeluarkan modal baru untuk menggantikan kanvas yg reput atau bocor tersebut.Akhirnya saya memutuskan untuk membuat kolam simen bg ternakan ikan keli.Kami menutup kolam kami dengan menggunakan net hitam bagi mengelakkan burung raja udang yang sering singgah ke kolam kami.

Dari segi makanan ikan, kami hanya memberikan makanan yang terdiri dari pellet sahaja, dan mengapa tidak perut ayam atau sebagainya?Jawapannya untuk mengelakkan air kolam menjadi busuk, kotor dan ikan berbau hanyir. Ramai juga antara customer kami yang datang membeli sering bertanya jenis makanan yang kami berikan. Daripada pemerhatian kami, rasa daging ikan yang hanya diberikan pellet lebih manis serta lembut, tidak mudah hancur ketika digoreng dan lemak ikan pun kurang.

Kami menggunakan sumber air untuk kolam kami daripada air bawah tanah yang digali sedalam 50 meter. Selain menjimatkan kos, kualiti air ini juga lebih segar dan terpelihara. Air bawah tanah ini di pam dan disimpan di dalam 2 tangki air yang dikhaskan.

Alhamdulillah setakat ni, pelanggan yang datang pun semakin bertambah, perancangan untuk masa hadapan untuk menambah jumlah kolam bagi memenuhi permintaan pelanggan..maybe kena buat kolam bertingkat sebab ruang dah sempit.

Setakat ini masa yang saya ada, Insyaallah saya akan cuba untuk mengupdatekan blog ini sekerap mungkin.

Tuesday, November 18, 2008

KE Enterprise



KurniaEsa Enterprise (KE Enterprise) is a small family manufacture and supplying organic catfish and fresh bean sprout, the organic catfish and bean sprout produced are high in quality and nutritious.

The organic catfish are totally fed with pellet which is high in protein. The flesh is soft, sweet, and crispy after being fried.

The bean sprout produced are fresh and crispy too. They do not need to be soaked in water. We can store them freshly within one week in refrigerator.

At this stage, we only able to supply the catfish based on the growth while the bean sprout if based on request in certain amount.

We feel happy in receiving positive feedback from buyers. At least we are now providing consumers are good alternative in leading a healthy lifestyle.

KurniaEsa Enterprise

Monday, November 17, 2008

Salam Perkenalan

Assalammualaikum..

Awal mula pertama mula, sebenarnya ini adalah langkah pertama saya sebelum menjadi seribu langkah. Ini adalah pertama kali penglibatan saya di dalam blog, sekadar mencuba memandangkan ramai di antara sahabat saya mula menceburkan diri di dalam arena blogger ini.

Setelah berfikir lama, saya dan keluarga telah membuat keputusan untuk menceburkan diri di dalam bidang seumpama ini memandangkan kami juga mempunyai sedikit minat dan pengetahuan melalui hasil kajian, pemerhatian dan melalui pembacaan majalah.

Dan, wujudlah KURNIAESA ENTERPRISE (001787084-K) di mana kami telah memilih untuk mengusahakan serta membekalkan hasil ternakan ikan keli organik dan hasil taugeh segar.

Makna perkataan ' KURNIAESA' ini telah di ilhamkan oleh isteri saya, Habsah binti Yusoff dengan maksud asalnya' semua ini berjaya disebabkan oleh kurnia dari yang Maha Esa..' dan bermula dari situlah perkataan tersebut di singkatkan menjadi KURNIAESA.

Walaupun begitu, saya akui untuk memulakan sesuatu yang baru pasti ada cabaran dan dugaan, namun ini semua akan saya jadikan sebagai motivasi untuk pergi dengan lebih jauh di dalam bidang ini.


click

Subscribe Now: standard