click..

Sunday, March 1, 2009

Assalammualaikum,

Kali ini post berkenaan projek cili fertigasi kami yang kami mulakan sejak 6 bulan yang lepas.
Lokasinya pula di belakang rumah sahaja memandangkan masih ada ruang tanah untuk diusahakan.

Penanaman cili ini dilakukan dengan sistem pengairan fertigasi iaitu satu sistem pembekalan air dan larutan zon akar secara automatik mengikut keperluan tumbesaran tanaman secara berkesan. Anggaran kos projek hampir Rm20000 manakala kerja pemasangan sistem pengairan fertigasi dilakukan oleh kami sendiri secara berperingkat. Untuk kawasan pula kami tidak menggunakan kawasan yang luas sekadar cukup untuk 400 pokok cili.

Di sini saya sertakan beberapa gambar untuk tatapan pembaca sekalian.

1)Sekam padi yang dibeli untuk dijadikan sebagai medium utama penanaman cili.


Sekitar kerja-kerja mengisi sekam padi di dalam white polibag. Kerja-kerja ini turut di bantu oleh anak-anak tersayang:).









3)Proses meletakkan polibag ke tapak penanaman.



4)Pokok cili di dalam tapak semaian.



5)Setelah 2-3 minggu




6)Setelah hampir 2 bulan








6)Hasil yang tidak seberapa namun memuaskan hati:)




Secara kesimpulannya, ini merupakan percubaan pertama kami, masih terlalu banyak yang perlu kami belajar.

Insya allah pada masa akan datang kami akan update untuk post yang terbaru.

Saturday, January 31, 2009

Assalamualaikum..

Untuk post kali ini, saya akan memberikan sedikit panduan ringkas untuk menghasilkan taugeh.

Peralatan yang diperlukan:

1-Alat penimbang
2-Jug air
3-kacang hijau/kancang hitam/kacang soya(taugeh kasar)
4-Sentoso
5-Baldi kecil
6-Tong Sampah(telah di ubahsuai)
7-guni padi(dipotong bulat mengikut diameter tong sampah)

Prosedur:

1- Tuangkan kacang hijau ke atas alat penimbang cth:1kg-1kg kacang hijau akan menghasilkan sehingga 6-8 kg taugeh segar sekiranya kadar siraman air sekata dan tidak mempunyai sebarang masalah.

2-Setelah kacang hijau ditimbang, tuangkan kacang hijau tersebut ke dalam baldi

3-Isikan jug dengan air dan tunagkannya ke dalam baldi. Bilas kacang hijau tersebut.Tujuannya untuk membersihkan kacang hijau dan mengasingkan kacang hijau yang telah rosak(kacang hijau yang terapung)

4-Toskan kacang hijau tersebut dan tuangkan air yang baru ke dalam baldi tersebut.

5-Titiskan sentoso ke dalam baldi tersebut yang berisi kacang hijau dan air itu.

6-Rendamkan kacang hijau dan biarkan semalaman.

7-Ambil kacang hijau tersebut dan diletakkan ke dalam tong sampah yang telah diubahsuai.

8-Letakkan guni padi yang telah dipotong mengikut saiz diameter tong sampah itu di atas kacang hijau.

9-Letak di dalam bilik taugeh dan set kan timer.

10-Lihat taugeh dari semasa ke semasa bagi memastikan ia berada di dalam keadaan yang baik.Elakkan kawasan taugeh anda dimasuki cahaya dengan tujuan untuk mengelakkan tunas tumbuh.

11-pada hari ke-4, ambil taugeh anda dan jual:)


Demikian panduan ringkas serba sedikit dalam mengahsilkan taugeh.

Semoga anda berjaya.

click

Subscribe Now: standard